CQ MERDEKA

SPECIAL EVENT STATION BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-65

OBJEKTIF:

Untuk mempromosikan negara Malaysia dan kemerdekaan negara yang ke-65 dengan penyertaan dari pengiat radio amatur dalam dan luar negara. 

TEMPOH AKTIVITI:

[MULA]

00:00 AM MYT, 30 Ogos 2022 (Selasa)

[TAMAT]

11:59 PM MYT, 1 September 2022 (Khamis)

SPECIAL CALLSIGNS:

9M65MR – Perlis

9M65MK – Kedah

9M65MP – Penang

9M65MA – Perak

9M65MD – Kelantan

9M65MT – Terengganu

9M65MC – Pahang

9M65MB – Selangor

9M65MW – Kuala Lumpur

9M65MM – Melaka

9M65MN – Negeri Sembilan

9M65MJ – Johor

9M65MS – Sabah

9M65MQ – Sarawak

SYARAT PERMOHONAN:

1. Terbuka kepada semua persatuan atau kelab radio amatur di Malaysia.

2. Setiap permohonan mesti menyatakan ‘Station Master‘, ‘Log Manager’ dan ‘Event Manager berserta maklumat terperinci mereka. Sila isi permohonan anda di halaman ‘CQ Merdeka Form‘. Sila klik di sini.

3. Muat naik bersama surat ‘Nyata Hasrat‘ iaitu surat rasmi yang menyatakan bahawa persatuan atau kelab anda berminat untuk mengendalikan ‘callsign’ istimewa sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65.

4. Persatuan atau kelab yang permohonannya berjaya, akan dihubungi oleh pihak 9MDXC bagi proses yang seterusnya.

5. Persatuan atau kelab yang terpilih perlu menyediakan sejumlah bayaran bagi tujuan pemprosesan AA CQ Merdeka ke-65 ini. Untuk mengetahui jumlah bayaran sebenar, boleh berhubung terus dengan pihak MARTS.

6. Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Ogos 2022 (Sabtu).

PROSEDUR UMUM:

1. Urusan pengumpulan log diuruskan oleh ‘Log Manager’ masing-masing. Sekiranya terdapat mana-mana stesen yang ingin membuat penyemakan log, sila rujuk terus dengan individu bertanggungjawab bagi ‘callsign’ Merdeka tersebut.

2. Tugas ‘Event Manager‘ pula adalah untuk menguruskan urusan dari segi waktu CQ dan penggunaan ‘band’ tertentu bagi ‘callsign’ Merdeka yang mereka kendalikan. 

3. Pihak 9MDXC tidak menyediakan sebarang ‘Award‘ istimewa bagi program CQ Merdeka ke-65 ini.

4. Semua urusan kad QSL atau eQSL sama ada masuk atau keluar MESTI diuruskan sendiri oleh persatuan atau kelab yang terlibat. Kad QSL yang diterima hendaklah dibalas serta mempamerkan sikap profesional melalui jawapan balas kad tersebut. 

CONTOH SURAT NYATA HASRAT:

 

CONTEST NEWS