MALAYSIA 40m LOCAL CONTEST 2020
MASA:
SESI 1 : 16 April 2020 -> 04:30 PM – 06:30 PM (2 jam)
SESI 2 : 21 April 2020 -> 04:30 PM – 06:30 PM (2 jam)
SESI 3 : 27 April 2020 -> 04:30 PM – 06:30 PM (2 jam)
TUJUAN:
Untuk memberikan pendedahan kepada semua stesen radio amatur dari seluruh Malaysia dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti ‘contest‘ iaitu ianya memerlukan sesebuah stesen radio amatur itu melakukan sebanyak mungkin ‘contact‘ dengan stesen yang lain dalam masa yang telah ditetapkan.
BANDS: Hanya 40m BAND.
JENIS PERTANDINGAN & PERTUKARAN:
SSB -> RST + Kod Negeri : 5/9 + X
KOD NEGERI (HURUF):
Johor: J
Kedah: K
Kelantan: D
Melaka: M
Negeri Sembilan: N
Pahang: C
Perak: A
Perlis: R
Pulau Pinang: P
Sabah + Wilayah Persekutuan Labuan: S
Sarawak: Q
Selangor: B
Terengganu: T
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur + Putrajaya: W
KATEGORI:
SOSB 9W only : Kuasa pancaran mengikut AA.
SOSB 9M only : Kuasa pancaran mengikut AA.
***Tiada kategori MULTI STATION.
PEMARKAHAN:
Stesen Semenanjung -> Semenanjung: 2 mata.
Stesen Borneo -> Borneo: 2 mata.
Stesen Semenanjung -> Borneo: 5 mata.
Stesen Borneo -> Semenanjung: 5 mata.
PENDARABAN:
Jumlah Mata x Negeri (Maksimum 14).
LOGGING SOFTWARE:
Pihak 9MDXC menggalakkan penggunaan perisian N1MM Logger. Namun, penggunaan perisian N1MM tidak wajib atau semestinya. Anda boleh menggunakan mana-mana perisian yang boleh menghasilkan fail ‘Cabrillo‘ versi 3.0 bagi Malaysia 40m Local Contest 2020 ini.
CABRILLO FORMAT:
Sekiranya anda menggunakan ‘paper’ log atau mana-mana perisian selain N1MM, sila rujuk di sini bagi format ‘Cabrillo‘ versi 3.0 yang ditetapkan oleh pihak 9MDXC. Kegagalan anda untuk mengikut format yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan. Harap maklum.
USER DEFINE CONTEST (UDC) & SEC:
Sila muat turun 2 fail berbeza iaitu UDC dan SEC di sini. Seterusnya, bagi mengetahui cara mengkonfigurasi fail tersebut, sila layari di sini.
PERATURAN UMUM:
1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada stesen radio amatur dari Malaysia.
2. ‘Dupe’ log tidak akan dikenakan penalti tetapi 0 mata diberikan. Cumanya anda perlu menyatakannya dengan jelas dalam log anda.
3. Log yang dihantar perlu menggunakan ‘callsign’ anda yang ditulis dengan huruf besar.
4. Log mesti dihantar dalam bentuk fail ‘Cabrillo’ versi 3.0 sahaja. Sila hantar log anda dalam format Cabrillo di sini.
5. Jawatankuasa tidak menerima log yang ditulis dengan tangan.
6. Semua log perlu dihantar dalam tempoh masa 2 hari selepas tamat pertandingan setiap sesi. Penghantaran log selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai ‘check log‘.
1. Sesi 1 perlu dihantar selewat-lewatnya pada 18 April 2020.
2. Sesi 2 perlu dihantar selewat-lewatnya pada 23 April 2020
3. Sesi 3 perlu dihantar selewat-lewatnya pada 29 April 2020.
7. ‘Contact’ log dengan stesen yang tidak menghantar log akan dikira 0 mata. Jadi pastikan setiap stesen yang menyertai Malaysia 40m Local Contest 2020 ini untuk menghantar log mengikut tarikh yang ditetapkan.
8. Self Spotting adalah tidak dibenarkan.
9. Hanya satu signal pancaran sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa.
10. Semua peralatan ‘transmitters‘ dan ‘receivers‘ mestilah dalam lingkungan 500m radius.
11. Semua antena yang digunakan oleh peserta, mestilah disambung secara fizikal terus ke ‘transmitters‘.
12. Jawatankuasa 9MDXC boleh membatalkan penyertaan mana-mana stesen amatur yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan ini.
13. Keputusan Jawatankuasa 9MDXC adalah muktamad.
SIJIL:
Semua stesen yang menyertai Malaysia 40m Local Contest 2020 ini akan diberikan sijil penyertaan dalam bentuk .pdf yang boleh dimuat turun di sini sebagai tanda penghargaan dari 9MDXC.
PEMENANG:
Stesen yang mengumpul mata QSO tertinggi bagi Malaysia 40m Local Contest 2020 ini yang bermula dari tempat pertama (1) hingga ketiga (3), akan diberikan sijil pencapaian khas dari 9MDXC. Terdapat 2 jenis pemenang iaitu:
1. Pemenang setiap sesi.
2. Pemenang terkumpul. *** Peserta perlu menyertai ketiga-tiga sesi pertandingan untuk melayakkan diri memenangi kategori ini.
ENGLISH VERSION
Still in progress.
Saya, 9W8CCF. Baru mula aktif dalam HF. Bagaimanakah saya boleh sertai ‘contest’ ini. Harap dapat memberikan contoh ayat QSO yang boleh saya jadikan panduan untuk ‘contest’ ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kerana bertanya. Mulanya tahniah kerana berani mengikuti ‘contest’ HF. Sebelum mulakan pertandingan pastikan anda sudah mengikuti langkah untuk mengkonfigurasikan fail UDC dan SEC dalam perisian N1MM anda. Seterusnya untuk memanggil semasa pertandingan, ayat “CQ Malaysia Local Contest, CQ CQ CQ” boleh digunakan. Semoga berjaya.
Tidak kira VHF, UHF atau HF atau apa-apa ‘mode’, mestilah dengar terlebih dahulu. Untuk ‘contest’ seperti yang admin nyatakan itu betul juga. Kita perlu CQ 3 kali dengan menyebut nama ‘contest’. Jadi yang mendengar boleh tahu anda sedang menyertai ‘contest’. Boleh cuba bertanya dengan 9W8ZZK atau 9M8DEN kerana mempunyai pengalaman menyertai ‘contest’.
Terima kasih saya ucapkan kepada 9MDXC kerana telah berjaya untuk membuat ‘contest’ untuk para penggemar radio untuk beraksi. Saya mahu memberikan satu cadangan untuk sesi kedua dan ketiga, masanya boleh diubah ke waktu malam dan pagi. Jadi kita boleh menguji radas dan penerimaan pada masa yang berlainan. Kita juga boleh tahu masa yang paling baik untuk ‘dxing’. Pada masa MCO ini, walaupun kebanyakan berada di rumah tetapi masih mempunyai tugasan masing-masing. Ini hanya cadangan saya. Kalau terdapat kekurangan, saya minta maaf. Terima kasih dan tahniah sekali lagi untuk menganjurkan ‘contest’ lokal. Terima kasih juga kepada yang telah menyertai ‘contest’ pada sesi 1.
Terima kasih atas penyertaan dalam ‘contest’ kali ini. Pihak 9MDXC akan mempertimbangkan cadangan anda. Jumpa lagi di sesi kedua dan seterusnya.
Assalamualaikum. Saya 9M2TDX. Saya sudah menghantar log pada hari khamis malam. Saya telah menyemak di halaman ‘Log Received’ tetapi masih belum lagi dinyatakan log saya. Adakah saya perlu menghantar kali kedua atau admin boleh semak log sama ada sudah diterima atau belum? Terima kasih.
Waalaikumussalam. Pertamanya maaf kerana lambat memberikan respon. Log anda telah kami terima dengan jayanya. Pihak 9MDXC meminta maaf kerana lambat mengemaskini halaman ‘Log Recieved’ kerana kekangan tertentu. Terima kasih atas penyertaan. Jumpa lagi di sesi yang kedua. 73, 9MDXC.
Salam ramadhan. Sempat juga mengikuti ‘contest’ sesi ke 2 dan 3. Biarpun masa agak terbatas dengan waktu maghrib yang awal di sebelah Sabah. Tahniah 9MDXC 2020. de 9W6MOZ.
Terima kasih atas penyertaan dan menyokong ‘contest’ anjuran 9MDXC. Semoga jumpa lagi di ‘contest’ akan datang.
Salam, bila keputusan local contest ini akan diumumkan?
Pada minggu ini akan dikeluarkan ‘raw score’ terlebih dahulu. Pada minggu berikutnya baru akan dikeluarkan keputusan penuh. Terima kasih atas penyertaan.