CQ MALAYSIAN INDEPENDENCE DAY
Bagaimana Special Call 9M57MY, 9M58M*, 9M59M*, 9M6ØM* dan kini 9M61M* bermula?
Pada awal penubuhan Kuala Lumpur DX Team (KLDX) yang diketuai oleh 9M2AIS, perancangan untuk menjalankan satu aktiviti Dxing sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-57 pada tahun 2014 telah dirancangkan.
Lokasi untuk menjalankan aktiviti adalah di Gerai Kambing BMX yang dimiliki oleh 9M2BMX di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Oleh hal demikian terdapat cadangan untuk memohon ‘special callsign’ bagi aktiviti ini yang mana pernah digunakan ketika sambutan kemerdekaan negara sebelum ini antaranya 9M5ØM*. Namun selepas 9M5ØM* tiada lagi special callsign bagi meraikan kemerdekaan negara dikeluarkan sehinggalah tercetusnya semula idea ini pada tahun 2014.
Pada ketika itu aktiviti dxing tersebut dirancang untuk menunjukkan semangat cintakan Negara dan dalam masa yang sama untuk mendedahkan aktiviti radio amatur kepada umum.
Bagi menjayakan aktiviti ini, 9W2ADC (kini 9M2OOO) telah berjumpa dengan setiausaha MARTS, 9M2PRO pada ketika itu di Seri Iskandar Perak yang kebetulan mengikuti aktiviti QRP Week untuk menyatakan hasrat mendapatkan special callsign sempena aktiviti yang bakal dijalan kan oleh ahli KLDX.
Hasil perbincangan tersebut, 9M2PRO bersetuju untuk membantu mendapatkan special call untuk sambutan hari kemerdekaan 9M57MY tersebut, dan meminta KLDX untuk menghantar kertas kerja kepada beliau untuk tindakan lanjut. Kertas kerja permohonan special callsign ini telah disediakan oleh 9W2VVN (kini 9M2VDX) untuk dimajukan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dengan usaha keras 9M2PRO, Presiden MARTS, 9M2IR dan ahli majlis tertinggi MARTS, maka permohonan special callsign di luluskan dengan panggilan 9M57MY yang akan dioperasikan oleh KLDX team. Hasil dari kelulusan special callsign tersebut, terdapat banyak permintaan dari negeri-negeri lain untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti hari kemerdekaan maka selang beberapa hari callsign 9M57MA (Perak), 9M57MB (Selangor), 9M57MC (Pahang), 9M57MD (Kelantan), 9M57MJ (Johor), 9M57MK (Kedah), 9M57MM (Melaka), 9M57MN (Negeri Sembilan), 9M57MP (Penang), 9M57MR (Perlis), 9M57MS (Sabah), 9M57MT (Terengganu), 9M57MW (Sarawak) telah diluluskan.
Bermula dari sini, dapat dilihat sambutan yang sangat hangat diterima. Semakin tahun, semakin ramai Operator ham radio terlibat malah aktiviti ini mendapat sokongan dari masyarakat setempat, badan NGO dan pelbagai agensi. Ham radio di Malaysia semakin berkembang, pelbagai aktiviti dijalankan, dan semakin banyak Special Interest Group yang lahir dari setiap negeri dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik perhatian masyarakat setempat.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah sebagai satu platform untuk kita merasa bangga dan cukup dengan apa yg kita lakukan kepada tanahair tercinta ini. Radio amatur adalah hobi yang cukup indah untuk kita terokai. Teruskan menyumbang bakti dengan cara kita kerana kerana kita adalah antara golongan yang terpilih.
Semoga dengan usaha yang telah dilakukan ini akan terus membuktikan bahawa hobi radio amatur bukanlah sekadar hobi biasa tetapi sangat luas untuk diterokai.
Sumber:
1. KLDX – CQ Malaysian Independence Day.
ENGLISH VERSION
Still in progress.
Selamat Hari Kemerdekaan ke-61 tahun untuk Malaysia dan selamat bertugas buat stesen CQ Merdeka:
1. 9M61MJ
2. 9M61MK
3. 9M61MP
4. 9M61MW
5. 9M61MT
6. 9M61MM
Semoga sukses dan lancar selalu. Harapan semoga di Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61 tahun, tetap jaya selalu dalam mempersatukan bangsa dan negara.
de YG3DBH, Ferry Corputty. 73.
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 dari YC&BLA partisipasi. Bila akan ke udara stesen CQ Merdeka 9M61MY, 9M61MC & 9M61MR?
Terima kasih Om atas partisipasi. Stesen CQ Merdeka 9M61MC & 9M61MR sudah ke udara, cumanya masih jarang. Hanya stesen CQ Merdeka 9M61MY yang belum lagi mempunyai sebarang log.
73, 9MDXC.