Rules – MyC 2018

MALAYSIA 40m LOCAL CONTEST 2018

MASA:

3 Februari 2018 -> 01:00 UTC – 13:00 UTC (12 jam)

TUJUAN:

Untuk memberikan pendedahan kepada semua stesen radio amatur dari seluruh Malaysia dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti ‘contest‘ iaitu ianya memerlukan sesebuah stesen radio amatur itu melakukan sebanyak mungkin ‘contact‘ dengan stesen yang lain dalam masa yang telah ditetapkan.

BANDS: Hanya 40m.

JENIS PERTANDINGAN & PERTUKARAN:

SSB -> RST + Kod Negeri.

KOD NEGERI (HURUF):

Johor: J

Kedah: K

Kelantan: D

Melaka: M

Negeri Sembilan: N

Pahang: C

Perak: A

Perlis: R

Pulau Pinang: P

Sabah + Wilayah Persekutuan Labuan: S

Sarawak: Q

Selangor: B

Terengganu: T

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur + Putrajaya: W

KATEGORI:

SOSB Phone –> Below 100W.

PEMARKAHAN:

Stesen Semenanjung -> Semenanjung: 2 mata.

Stesen Borneo -> Borneo: 2 mata.

Stesen Semenanjung -> Borneo: 5 mata.

Stesen Borneo -> Semenanjung: 5 mata.

PENDARABAN:

Mata x Negeri (Maksimum 14).

LOGGING SOFTWARE:

Pihak 9MDXC menggalakkan penggunaan perisian N1MM Logger. Namun, penggunaan perisian N1MM tidak wajib atau semestinya. Anda boleh menggunakan mana-mana perisian yang boleh menghasilkan fail ‘Cabrillo‘ versi 3.0 bagi Malaysia 40m Local Contest 2018 ini.

CABRILLO FORMAT:

Sekiranya anda menggunakan ‘paper’ log atau mana-mana perisian selain N1MM, sila rujuk di sini bagi format ‘Cabrillo‘ versi 3.0 yang ditetapkan oleh pihak 9MDXC. Kegagalan anda untuk mengikut format yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan. Harap maklum.

USER DEFINE CONTEST (UDC) & SEC:

Sila muat turun 2 fail berbeza iaitu UDC dan SEC di sini. Seterusnya, bagi mengetahui cara mengkonfigurasi fail tersebut, sila layari di sini.

PERATURAN UMUM:

1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada stesen radio amatur dari Malaysia.

2. Dupe log tidak akan dikenakan penalti tetapi 0 mata diberikan. Cumanya anda perlu menyatakannya dengan jelas dalam log anda.

3. Log yang dihantar perlu menggunakan ‘callsign’ anda yang ditulis dengan huruf besar.

4. Log mesti dihantar dalam bentuk fail ‘Cabrillo’ versi 3.0 sahaja. Sila hantar log anda dalam format Cabrillo di sini.

5. Jawatankuasa tidak menerima log yang ditulis dengan tangan.

6. Semua log perlu dihantar dalam tempoh masa 5 hari selepas tamat pertandingan iaitu 8 Februari 2018. Penghantaran log selepas tarikh tersebut akan dikira sebagaicheck log‘.

7. Self Spotting adalah tidak dibenarkan.

8. Hanya satu signal pancaran sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa.

9. Semua peralatantransmitters‘ dan ‘receivers‘ mestilah dalam lingkungan 500m radius.

10. Semua antena yang digunakan oleh peserta, mestilah disambung secara fizikal terus ke ‘transmitters‘.

11. Jawatankuasa 9MDXC boleh membatalkan penyertaan mana-mana stesen amatur yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan ini.

12. Keputusan Jawatankuasa 9MDXC adalah muktamad.

SIJIL:

Semua stesen yang menyertai Malaysia 40m Local Contest 2018 ini akan diberikan sijil dalam bentuk .pdf yang boleh dimuat turun di sini sebagai tanda penghargaan dari 9MDXC. Stesen nombor pertama, kedua dan ketiga yang mengumpulkan mata terbanyak akan diberikan sijil yang istimewa.

PLAK:

Plak istimewa akan diberikan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga. Harap maklum.

ENGLISH VERSION

Still in progress.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *